Kursus Perusahaan Lebah Kelulut
Apa khabar para pembaca semua.
Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan ilmu yang saya dapat sepanjang menghadiri kursus kelulut pada tahun lepas. Sebelum itu saya ingin ucapkan terima kasih pada pegawai pertanian daerah Pendang, En Rahim, En. Mizi dan Pn. Fatin yang sanggup membawa saya sekali menghadiri kursus tersebut walaupun saya hanya budak praktikal saja. hehe.
Okey, berbalik pada tajuk asal saya semula. Bagi sesiapa yang tidak pernah mendengar apa itu lebah kelulut, saya akan terangkan dahulu secara umum sajalah. Kelulut ini adalah sejenis serangga lebah yang menghasilkan madu juga seperti lebah biasa (apis dorsata dan apis cerana). Cumanya yang membezakan kelulut dengan lebah biasa ialah ia tidak menyengat seperti lebah biasa tetapi hanya menggigit. Jadi ia akan membuatkan proses menternak kelulut dan mengambil madu akan lebih mudah. Antara jenis kelulut yang biasa di diternak di Malaysia ialah T. Thorasica dan T. Itama.
Pada awal kursus tersebut, kami banyak diterangkan mengenai latar belakang lebah kelulut, kebaikan madu kelulut dan juga industri madu kelulut di Malaysia ini. Sebelum itu, ingin saya maklumkan juga bahawa kursus ini dianjurkan oleh pejabat pertanian Kulim dan penceramah yang diundang ialah Tn Hj. Basir b. Hussain yang juga merupakan seorang pengusaha lebah kelulut (beliau sekarang sudah pencen dari bekerja).
Sungguh terdapat banyak kebaikan madu ini dan mungkin para pembaca lebih arif tentang perkara itu berbanding saya, tetapi ada satu kebaikan madu ini yang telah menarik perhatian saya. Berdasarkan kajian yag telah dijalankan oleh Unversiti Sains Malaysi(USM), madu ini dapat digunakan sebagai rawatan untuk luka, terbakar, dan juga ulser diabetes. Kalau ulser yang di mulut tu saya kurang pasti, tapi akan mencuba nanti kalau saya mendapat ulcer mulut. Jadi tak perlu lah beli ubat di farmasi lagi dah. Hehehe.
Gambar tempayan madu yang digunakan untuk menyimpan madu kelulut |
Untuk menternak madu kelulut, kita memerlukan kotak kelultut yang terbahagi kepada dua: Topping (untuk memudahkan mengambil madu dan mengurus kelulut) dan juga kotak pemindahan koloni. Tn Haji telah mengesyorkan saiz topping bagi spesis Itama ialah 15"x15"x4" dan Thorasica 18"x18"x8". Ketinggian topping tidak perlu terlalu tinggi kerana ia akan menyukarkan proses mengambil madu di bahagian bawah kerana tempayan madu akan dibina secara bertidan diatas jika dibuat terlalu tinggi.
Ini adalah alatan yang digunakan oleh Tn Haji untuk menyedut madu dari tempayan madu di dalam kotak. Fungsi asal peralatan ini digunakan di hospital untuk menyedut kahak pesakit (yang ni baru lagi, guna untk sedut madu ja noh..haha). Harga yang dimaklumkan ialah sebanyak RM 600.00. Selain alat ini, juga boleh digunakan alat untuk menyedut susu badan ibu yang banyak dijual dipasaran sekarang dan ia lebih murah,, sekitar RM 100.00. Walaubagaimanapun, Tn Haji lebih menyarankan menggunakan alatan seperti di gambar ini kerana ia lebih tahan lasak dan mudah digunakan.
Hingga sekarang, kaedah yang digunakan untuk mengambil madu ialah secara maual by hand dengan menggnakan paip dan straw. 1 kg madu boleh menjual sebanyak 8 botol bersaiz 100~120ml pada harga RM 30-35.00 .
Comments
Post a Comment