Posts

Showing posts from June, 2017

Newbie dalam Industri Cendawan Malaysia

Image
Masih ingat lagi saya pada peringkat awal penglibatan dalam industri cendawan Malaysia ini. Semua nya bermula dengan cadangan daripada abang sendiri yang memberi idea agar mengusahakan cendawan ini. Disebabkan masih sibuk lagi belajar di universiti lagi pada masa tu, maka saya kurang berfikir sangat perihal ini. Apa tak nya, masa tu tengah serabut memikir FYP(final year report) yang tak siap-siap lagi tu..haha Tapi entah macam mana, selepas tamat saja pengajian di universiti (UPM) saya terus memberanikan diri untuk memberi tahu Umi dan Ayah yang saya hendak melibatkan diri dalam bidang perusahaan cendawan ni. Terkejut juga depa awal tu, haha.  Dengan kerjasama angah, alhamdulillah kami mula menjalankan perusahaan cendawan ini pada bulan Julai tahun lepas(2016) dengan bermodalkan RM4000 sahaja. Syukur pada masa, saya dapat kebenaran dari pegawai pertanian Pendang untuk menyewa rumah cendawan yang terbengkalai di TKPM Bukit Perak pada masa tu (nasib la dapat pra