Posts

Showing posts from July, 2017

DIY Sistem Hidropnik: Penjagaan dan Penyediaan

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah rupa sayur pak choy saya selepas 4 minggu dipindah masuk kedalam tapak tanaman Akhirnya sampai dah kita pada bahagian terakhir perkongsian saya berkaitan sistem hidroponik ini. Buat sesiapa yang baru saja baca, boleh lah merujuk semula di dalam dua  post  saya sebelum ini yang menceritakan kaedah semaian benih dan juga cara membuat rak hidroponik ini. Perkongsian kali ini agak ringkas sedikit sebab sudah tidak banyak yang perlu diceritakan lagi pun. Saya hanya akan cerita berkenaan penyediaan baja A + B, pemantauan bacaan EC (electricity conductivity) dalam larutan air+baja dan juga tempoh menuai hasil. Pertamanya, untuk penyediaan baja A+ B ni saya beli saja yang dah siap dibancuh dan dibotolkan. Baja ni semua saya beli satu set RM38 untuk 4L each. Kalau pandai bancuh baja, boleh la beli yang serbuk tu dan buat stok sendiri bila perlu nanti. Tapi air baja yang saya beli ni pun dah cukup kalau nak

Pucuk Pokok Mangga Anda Seperti Di Gunting Orang? Ini Punca Dan Cara Atasinya

Image
Assalammualaikum dan selamat malam semua.. Sapa yang pokok mangga dia pernah kena macam dalam gambar ni? Mesti masa tu dalam hati dah maki hamun budak nakal mana pula ni yang dok mai gunting pucuk pokok mangga kita ni. Haha. Saya pernah. Ye la kan, sebab tak tahu punca sebenarnya dan memang nampak potongan daun tu tajam macam gunting sebab lurus saja. Jadi punca yang sebenarnya ialah.. Rujukan: http://www.cabi.org/portfolio/0x0/68203.img Deporaus marginatus   ataupun dikenali sebagai "mango leaf-cutting weevil ". Ia merupakan sejenis serangga perosak kepada tanaman mangga terutamanya di Malaysia ini. Antara simptom-simptom yang mampu kita lihat untuk mengetahui bahawa pokok mangga kita sudah diserang serangga ini  ialah kelihatan pucuk muda yang baru tumpuh seperti di potong dan jatuh di bawah. Juga boleh diketahui dengan melihat pucuk-pucuk pokok yang sudah "botak" akibat diserang kumbang ini.   Mesti kita nak t

DIY Rak Hidroponik Di Rumah Anda !

Image
Hye..apa khabar semua?? Assalammualaikum Lakaran contoh set hidropnik Sebelum ini saya dah share kan tentang kaedah semaian benih untuk sistem hidropnik tu? Jadi kali ini, saya nak kongsi pula dengan para pembaca tentang cara untuk membuat set rak hidroponik yang ringkas ini. Mudah saja, saya buat set ni pun ambil masa 2 hari ja. Itu pun buat petang-petang sambil relax minum teh. Cuma yang leceh tu nak cari barang untuk buat tu ja la. Itu  yang saya nak share kat sini, agar senang nanti sapa yang berminat nak cari barang tu kat kedai nanti. Yang pertamanya, saya nak bagi tahu awal-awal yang saya tak akan cerita tentang macam mana nak buat tapak@stand untuk rak hidroponik ni. Sebabnya senang sangat dan anda boleh cuba pelbagai design sendiri ikut yang mana suka. Asalkan boleh letak rak tu sudah lah. Lagipun rak ini tak berat sangat, jadi boleh guna material yang ringan ja. Tak perlulah guna kayu macam saya tu. Itu kayu lebihan buat rumah dulu dan sa

Kaedah Semaian Biji benih Sawi Untuk Sistem Hidroponik

Image
Assalammualaikum dan selamat petang semua. Baki benih semaian sawi pak choy yang belum dipindahkanke dalam  cup Bagi sesiapa yang pernah tertanya-tanya bagaimana caranya untuk melakukan semaian benih di dalam sistem  Hidroponik ni, kali ini saya akan cuba terangkan secara mudah kaedah tersebut. Contoh  sponge  yang digunakan saya, hanya RM 3.00 saja! Memandang sistem hidroponik ini merupakan salah satu cabang dari  soiless culture  , jadi sudah semestinya kita tidak akan menggunakan tanah kan? Jadi macam mana pulak tu? Alternatifnya ialah dengan menggunakan  sponge  yang boleh mudah diperolehi di kedai-kedai runcit biasa ataupun hardware. Tapi  sponge  yang dibeli tu nanti akan perlu dipotong kiub untuk memudahkan pemindahan nanti. Juga perlu dilakukan hirisan dibahagian atas kiub tersebut sehingga separuh ketinggian kiub tersebut. Ini bertujuan untuk meletak biji benih di dalam (sudah memadai satu biji sahaja setiap satu kiu

Kaedah Tut Pokok Anggur Semudah 123!

Image
Secara bahasa mudahnya, kaedah tut (marcotting) ini ialah satu teknik pembiakan tampang (asexual) yang hanya mengunakan bahagian daripada satu pokok tersebut. Ia tidak menggunakan biji benih (sexual) untuk mendapatkan anak pokok  dan anak pokok  tersebut akan mempunyai kualiti dan hasil seperti induknya. Bagi menerangkan proses untuk mengetut pokok anggur, pada kali ini saya akan menggunakan anggur daripada variati IAC yang sesuai untuk ditanam di Malaysia ini. Perkara Pertama yang perlu dilakukan ialah menyediakan bahan/peralatan: Pokok induk yang akan ditut  Jiffy 7 (media untuk tut) Hormon pengakaran Plastik pembalut Pisau Tali Kesemua bahan yang disenaraikan ini anda boleh mendapakannya dengan mudah di kedai-kedai pertanian/nursery yang terdapat di kawasan anda. Dan juga kos bahan ini semua tidak lah mahal mana sangat pun. Kalau nak lagi murah pakai saja tanah hitam yang ada di rumah anda tu.  Kemudian perkara yang Kedua pula ialah menyediakan t