DIY Rak Hidroponik Di Rumah Anda !

Hye..apa khabar semua?? Assalammualaikum

Lakaran contoh set hidropnik
Sebelum ini saya dah share kan tentang kaedah semaian benih untuk sistem hidropnik tu? Jadi kali ini, saya nak kongsi pula dengan para pembaca tentang cara untuk membuat set rak hidroponik yang ringkas ini. Mudah saja, saya buat set ni pun ambil masa 2 hari ja. Itu pun buat petang-petang sambil relax minum teh. Cuma yang leceh tu nak cari barang untuk buat tu ja la. Itu  yang saya nak share kat sini, agar senang nanti sapa yang berminat nak cari barang tu kat kedai nanti.

Yang pertamanya, saya nak bagi tahu awal-awal yang saya tak akan cerita tentang macam mana nak buat tapak@stand untuk rak hidroponik ni. Sebabnya senang sangat dan anda boleh cuba pelbagai design sendiri ikut yang mana suka. Asalkan boleh letak rak tu sudah lah. Lagipun rak ini tak berat sangat, jadi boleh guna material yang ringan ja. Tak perlulah guna kayu macam saya tu. Itu kayu lebihan buat rumah dulu dan saya tak mahu bazir beli kayu lain.



Okey, dengan merujuk lukisan yang saya lakarkan tu (sory kalau hodoh, saya major agriculture bukan art..haha) saya akan explain satu persatu. So, bahan paling utama sudah tentulah paip untuk menanam. Jenis paip yang saya gunakan ialah NPVC  berwarna putih (A). Sebab saya guna yang ini dan bukan PVC kelabu tu ialah kerana cap paip (B) dia flat, tak macam PVC yang berbentuk muncung macam roket. Jadi susah untuk tebuk lubang nanti. Saya guna saiz NPVC 3 inch, tapi saya cadangkan untuk gunakan 4 inch kerana lebih besar untuk tumbesaran akar nanti.


 

Untuk menebuk lubang pula, saya terpaksa beli mata gerudi bulat yang boleh dibeli di kedai hardware. Saya guna saiz 54mm kot kalau tak silap untuk saiz lubang bagi meletakkan cawan (E) nanti (itu ja saiz yang ada kt kedai time tu, kalau tak nak ambil yang besar lagi)

Next, untuk sambungan antara paip utama atas dan bawah saya hanya gunakan PVC (F). 3 komponen utama yang perlu ada untuk sambungan tersebut ialah PVC paip, elbow (C) dan valve socket (D). Saya gunakan mata gerudi bulat saiz 22 mm untuk tebuk lubang dibahagian tengah cap putih tu untuk masukkan valve socket tersebut. Kalau anda melihat bahagian H didalam lakaran saya tu, saya nak bagi tau yang saya tak sambungkan dengan gam paip pvc  dan elbow bawah tu. Ini bagi memudahkan saya untuk mencabut buka untuk bersih di dalam paip ataupun simpan.


 

Bagi sambungan paip air masuk dan keluar dari tanki air ke dalam rak hidroponik ni, saya hanya guna paip getah biasa sahaja. Sebab dah tak sabar sangat nak run projek ini terus..haha. Jadi pada para pembaca, saya berharap jangan jadi macam saya ya. Saya nasihatkan kelak untuk gunakan paip Polypipe hitam saja (yang banyak guna kat ladang tu). Ini kerna paip ini dapat mengelakkan dari tumbuhnya algae didalam paip macam saya tu. Nampak tak hitam-hitam sikit tu? Itu la algae sebab terdedah pada cahaya sepanjang masa. Ia sama dengan algae yang tumbuh dalam akuarium  tu. Habis sayur ni nanti nak buka tukar lah yang polypipe tu.


Untuk bumbung plastik ni pula, saya guna plastik yang selalu kita guna untul lapik meja tu. Kedai runcit biasa ada jual. Murah ja. Rekaan asal saya tak masukkan bumbung ni pun, tapi disebabkan kerap hujan dan air masuk ke dalam cup, kandungan baja pula menjadi kurang pekat dan saya terpaksa tambah selalu. Jadi itulah sebab saya buat bumbung. 

FYI: Tanaman sayur ni perlukan pencahayaan yang banyak (terutamanya yang jenis berdaun), itu juga sebab saya letak di luar rumah untuk mendapat jumlah cahaya yangmencukupi. Bagaimanapun jumlah pencahayaan berbeza mengikut tanaman juga, itu kena p lecture sekali lagi lah nak tau..haha




Untuk bekas bagi meletak anak semaian yang telah sedia  dipindaha masuk,  saya menggunakan cup @ cawan polystyrene (E) sahaja. Tetapi cup tersebut perlu di ubah suai sedikit untuk muat bagi diletakkan di dalam lubang paip tu. Itu boleh rujuk pada gambar di bawah ini  ataupun mengikut kreativiti anda sendiri.





Akhir sekali, untuk pam air bagi membawa air ke dalam paip hidroponik tersebut saya hanya menggunkan pam akuarium yang telah sedia ada di rumah  saja.(cuba save budget sedaya mungkin..T_T..huhu). Walaupun ia mampu menyedut air ke atas dan menjalankan peranan yang bagus, saya masih tidak puas hati dengan performance pam ini. Sebab nya sedikit sangat air yang mampu disedut, jadi air dalam paip utama pun tak bergerak laju. Jadi saya highly recommend kalau nak beli pam air, beli yang lebih kuat dari pam saya ni..hahah 0_o!




Akhir kalam, Gunakan daya kreativit anda sendiri untuk mencipta set DIY Hiroponik ini di rumah. Pasti akan lebih berpuas hati (:


Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Semaian Biji benih Sawi Untuk Sistem Hidroponik

Mudah ke Semaian Benih Kelapa ni?