Mudah ke Semaian Benih Kelapa ni?




Didalam bajet 2018 yang dibentangkan oleh PM Malaysia baru-baru ini, tanaman kelapa ada dinyatakan bahawa ia adalah merupakan salah satu sumber kekayaan baru negara mulai 2018 ini termasuklah durian dan jagung bijian. Jadi sudah tentu ramai pengusaha dan petani yang akan mula mencari tanaman kelapa ini untuk ditanam di kebun dan ladang mereka. 

Maka bagi menampung keperluan permintaan benih kelapa yang semakin meningkat ini, pelbagai kerja yang perlu dilaksanakan termasuklah meningkatkan lagi jumlah semaian anak benih kelapa di pusat-pusat pertanian yang sedia ada ini. 




Jadi tujuan utama post ini ditulis adalah untuk berkongsi serba sedikit berkenaan kaedah semaian yang dipraktikan di Malaysia ini. Kebetulan pada minggu lepas (11/4/18) yang lalu saya ada terlibat dalam satu lawatan melawat pusat pertanian Parit Botak di Johor. Di situ kami diberi penerangan berkenaan cara semaian kelapa dan varieti kelapa yang terdapat disitu.

Secara ringkas, kaedah semaian benih kelapa yang dipraktikan di sini ada lah secara semaian berpasir walaupun boleh juga dibuat secara semaian polibag ( kos tinggi).
hhhzhahshzh

Buah yang dipilih untuk disemai mestilah berwarna perang dan matang, disamping bebas dari serangan serangga dan penyakit serta berkocak air didalamnya. Ukuran tapak semaian pasir tersebut adalah 1.5 m lebar , 0.6-0.2 tinggi manakala panjang adalah mengikut kesesuaian lokasi.  Jarak yng disyorkan antara baris adalah 30 cm.





Penjagaan benih kelapa tidaklah serumit benih tanama lain kerana kelapa mempunyai ketahanan yang tinggi.  Penyiraman perlulah dilakukan sebanyak 2 kali sehari bagi memberi kelembapan kepada tanah dan sumber air kepada tanaman. Mesti anda pernah ternampak didalam televisyen, benih kelapa yang disemai selalunya akan dipotong bahagian atasnya sebanyak 1/3 permukaan atas tersebut.  Tujuannya adalah untuk meningkatkan kadar penyerapan air oleh sabut kedalam buah tersebut. 






Gambar rujukan: Buku Manual Buah Kelapa Jabatan Pertanian Malaysia.

Jadi anda rasa mudah ke tak semaian benih kelapa ni? 😄hehe...



Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Semaian Biji benih Sawi Untuk Sistem Hidroponik

DIY Rak Hidroponik Di Rumah Anda !