Kaedah Semaian Biji benih Sawi Untuk Sistem Hidroponik
Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Bagi sesiapa yang pernah tertanya-tanya bagaimana
caranya untuk melakukan semaian benih di dalam sistem Hidroponik ni, kali
ini saya akan cuba terangkan secara mudah kaedah tersebut.
Memandang sistem hidroponik ini merupakan salah satu
cabang dari soiless culture , jadi sudah semestinya kita tidak
akan menggunakan tanah kan? Jadi macam mana pulak tu? Alternatifnya ialah
dengan menggunakan sponge yang boleh mudah diperolehi di
kedai-kedai runcit biasa ataupun hardware. Tapi sponge yang
dibeli tu nanti akan perlu dipotong kiub untuk memudahkan pemindahan nanti.
Juga perlu dilakukan hirisan dibahagian atas kiub tersebut sehingga separuh
ketinggian kiub tersebut. Ini bertujuan untuk meletak biji benih di dalam
(sudah memadai satu biji sahaja setiap satu kiub)
Beginilah rupa kiub-kiub yang dipotong. Boleh
kelihatan anak benih yang sudah bercambah. Saja buat macam tu untuk bezakan
benih salad dan sawi.
|
Setelah siap dipotong kiub tersebut dan dilakukan hirisan atas, rendam di dalam air agar ia meresap air. Kemudiannya, barulah dimasukkan biji benih didalamnya. Langkah seterusnya pula, letakkan kesemua kiub tersebut didalam bekas yang mampu menakung air dan kedalam air tersebut yang sesuai ialah 1/3 ketinggian kiub. Kalau tinggi sangat air, nanti kiub mudah bergerak dan terbalik. |
FYI: untuk mencambahkan kebanyakkan biji
benih, ia tidak memerlukan cahaya mahupun air baja. Cukup sekadar mendapat
kelembapan dan air yang mencukupi. Jadi tak ada masalah kalau anda mahu
letakkan tray semaian anda didalam rumah pun. Ini kerana ia sudah mempunyai
bekalan makanan sendiri yang mencukupi didalam biji tersebut.
Akhir sekali, setelah dua minggu (mengikut cara saya)
disemai anak pokok sudah sesuai dipindahkan ke dalam cup untuk diletak di dalam
rak-rak hidroponik. Cara untuk tahu samada anak pokok sudah boleh dipindah
ialah, daun sudah mempunyai 3-4 helai dan akar juga sudah mula kelihatan.
Nantikan sambungan berikutnya berkenan sistem
Hidroponik ini ya..)
Akhir kalam, Semoga berjaya melakukan
semaian anda!!
Comments
Post a Comment