Kaedah Tut Pokok Anggur Semudah 123!



Secara bahasa mudahnya, kaedah tut (marcotting) ini ialah satu teknik pembiakan tampang (asexual) yang hanya mengunakan bahagian daripada satu pokok tersebut. Ia tidak menggunakan biji benih (sexual) untuk mendapatkan anak pokok  dan anak pokok  tersebut akan mempunyai kualiti dan hasil seperti induknya.

Bagi menerangkan proses untuk mengetut pokok anggur, pada kali ini saya akan menggunakan anggur daripada variati IAC yang sesuai untuk ditanam di Malaysia ini.


Perkara Pertama yang perlu dilakukan ialah menyediakan bahan/peralatan:
  1. Pokok induk yang akan ditut 
  2. Jiffy 7 (media untuk tut)
  3. Hormon pengakaran
  4. Plastik pembalut
  5. Pisau
  6. Tali

Kesemua bahan yang disenaraikan ini anda boleh mendapakannya dengan mudah di kedai-kedai pertanian/nursery yang terdapat di kawasan anda. Dan juga kos bahan ini semua tidak lah mahal mana sangat pun. Kalau nak lagi murah pakai saja tanah hitam yang ada di rumah anda tu. 

Kemudian perkara yang Kedua pula ialah menyediakan tapak untuk mengetut kelak. Perlu diingatkan bahawa proses tut ini perlu dilakukan pada batang yang sudah  matang, keras dan berwarna keperangan. Ini kerana jikalau dilakukan pada batang yang masih muda dan hijau lagi, keberangkalian untuk berjaya itu rendah.


Tapak tut di batang pokok induk dibuat dengan membuang kulit luar disekeliling bahagian tersebut seperti di dalam gambar dan perlu dikikis sehingga sampai ke bahagian yang berwarna putih (tapi nanti jangan kikis sampai kurus keding batang tu sudah la :P )



Perkara yang Ketiga dan terakhir sekali ialah untuk menyabu hormon pengakaran di bahagian yang dibuang kulit tersebut. Setelah itu, ambil giffy 7 yang telah kembang selepas kita rendamkan selama 15 minit dan potong di belahan tengah. Ini bagi membolehkan kita membalut giffy 7 ini di sekeliling batang tu nanti (jangan lupa untuk perah sedikit air yang berlebihan dalam tu dulu ya)




Setelah ditutup tapak tut tersebut dengan giffy 7, gunakan plastik untuk membalut bahagian tersebut dan diikat kemas dengan tali kemudiannya. Voila!! siap dan ringkas saja untuk tut pokok anggur ni ..hehe (Biarkan lebih kurang 2 minggu untuk akar bercambah dan kemudian baru dipotong ya)

Tut yang telah berjaya dan dipotong untuk dipindah ke dalam tanah

Untuk potong bahagian tut tersebut, pastikan terdapat sekurangnya 3 mata tunas diatas untuk pucuk baru tumbuh
   


Selamat mencuba :)



Comments

Popular posts from this blog

Mudah ke Semaian Benih Kelapa ni?

Kaedah Semaian Biji benih Sawi Untuk Sistem Hidroponik

DIY Rak Hidroponik Di Rumah Anda !