Newbie dalam Industri Cendawan Malaysia


Masih ingat lagi saya pada peringkat awal penglibatan dalam industri cendawan Malaysia ini. Semua nya bermula dengan cadangan daripada abang sendiri yang memberi idea agar mengusahakan cendawan ini. Disebabkan masih sibuk lagi belajar di universiti lagi pada masa tu, maka saya kurang berfikir sangat perihal ini. Apa tak nya, masa tu tengah serabut memikir FYP(final year report) yang tak siap-siap lagi tu..haha



Tapi entah macam mana, selepas tamat saja pengajian di universiti (UPM) saya terus memberanikan diri untuk memberi tahu Umi dan Ayah yang saya hendak melibatkan diri dalam bidang perusahaan cendawan ni. Terkejut juga depa awal tu, haha. 


Dengan kerjasama angah, alhamdulillah kami mula menjalankan perusahaan cendawan ini pada bulan Julai tahun lepas(2016) dengan bermodalkan RM4000 sahaja. Syukur pada masa, saya dapat kebenaran dari pegawai pertanian Pendang untuk menyewa rumah cendawan yang terbengkalai di TKPM Bukit Perak pada masa tu (nasib la dapat praktikal kat situ :). Maka dari situ lah kami mulakan langkah baru kami dalam industri cendawan ni. 



Banyak juga kerja nak kena buat kat rumah cendawan tu, sebab dah lama sangat terbengkalai pun. Dari bersih semak hingga lah repair bumbung, semua kami buat sendiri. Yang mana patut tukar, kami tukar yang baru. Yang mana boleh dibaiki, kami repair semula. Memang semaksimum mungkin la cuba jimat.
 

Alhamdulillah selepas seminggu dua, akhirnya siap juga kami bina semula rumah cendawan ni. Walaupun tidak lah sehebat dan sebesar mana sangat rumah ini, tapi rumah inilah yang banyak beri pengalamn dan pengajaran dalam menguruskan cendawan tiram ini. Insyaallah nanti saya akan tunjukkan kebun cendawan kami yang baru pula dalam entry post selepas ini.

Tadaaaa!!! Macam cantik ja, macam comel ja





"It is better to try and fail, rather than fail to try"

Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Semaian Biji benih Sawi Untuk Sistem Hidroponik

DIY Rak Hidroponik Di Rumah Anda !

Mudah ke Semaian Benih Kelapa ni?