DIY Sistem Hidropnik: Penjagaan dan Penyediaan
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah rupa sayur pak choy saya selepas 4 minggu dipindah masuk kedalam tapak tanaman Akhirnya sampai dah kita pada bahagian terakhir perkongsian saya berkaitan sistem hidroponik ini. Buat sesiapa yang baru saja baca, boleh lah merujuk semula di dalam dua post saya sebelum ini yang menceritakan kaedah semaian benih dan juga cara membuat rak hidroponik ini. Perkongsian kali ini agak ringkas sedikit sebab sudah tidak banyak yang perlu diceritakan lagi pun. Saya hanya akan cerita berkenaan penyediaan baja A + B, pemantauan bacaan EC (electricity conductivity) dalam larutan air+baja dan juga tempoh menuai hasil. Pertamanya, untuk penyediaan baja A+ B ni saya beli saja yang dah siap dibancuh dan dibotolkan. Baja ni semua saya beli satu set RM38 untuk 4L each. Kalau pandai bancuh baja, boleh la beli yang serbuk tu dan buat stok sendiri bila perlu nanti. Tapi air baja yang saya beli ni pun dah c...